Entry kali ni aku nak share resepi air tangan aku sempena hari raya..aku wat desert je..yg bombastik bombastik tu kakak aku yg wat..lain kali la aku share resepi yg bombastik2 tu....
Aku wat 3 jenis desert jer..xbyk pon ( tp pnat giler..mcm wat 10 jenis lak )...K la, ni resepi2 aku
Trifle Kastard 3 Layer
Bahan-bahannya :
1) Kek Gulung
Leh gak tkr ngan kek chifon...
3) Fruit Cocktail...( Buah-buahan dlm tin )
4) 1 @ 2 Tin Susu Cair
5) 3 sudu tepun Kastard, 1 sudu tepung jagung
6) Serbuk Agar2...
7) Sedikit Gula
Cara-cara membuatnya :
1) Potong kek gulung dan susun ke dalam acuan rapat -rapat
2) Taburkan sedikit sirap cocktail ke atas kek yg telah disusun tersebut
3) Masakkan susu cair di atas api yang kecil
4) Bancuh tepung jagung dan tepung kastard ngan sedikit air dan masukkan ke dalam susu... kacau di atas api yang kecil
5) Masukkan gula secukup rasa..kacau sehingga susu tadi pekat...
6) Setelah sedikit sejuk, ratakan di atas permukaan kek gulung tadi
7) Biarkan sejuk..setelah bancuhan susu kastard td sedikit mengeras, taburkan buah buahan dalam tin..ratakan
8) Masak agar agar serbuk..ikut arahan yang telah diberikan
9) setelah itu, curahkan agar-agar tadi ke atas lapisan buah-buahan tadi
Puding Kemboja
Bahan - Bahannya
1) 1 tin Susu Cair
2) 500 gram gula pasir...klu nk kurang manis, taruk dlm 300 gram
3) 1 sudu esen vanila
5) 20- 25g agar2 kering
6) 3 sudu tepung kastard dan 1 sudu tepung jagung
7) 1 sudu majerin
9) 6 - 7 gelas air
10) secubit garam
Cara - cara membuatnya :
1) Masak agar-agar kering dengan 6 @ 7 gelas air
2) Sementara menunggu agar-agar larut, masukkan susu cair, gula, majerin, esen vanila,telur, tepung kastard n tepung jagung ke dalam mesin pengisar....kisar semua bahan2 tersebut ( saya guna blender...sbb nak smua bahan tu hancur dengan elok )
3) setelah siap, masukkan bahan2 yang dikisar tadi ke dalam agar-agar yg direbus tadi..kacau di atas api sederhana...masukkan sedikit garam ( untuk rase lebih lemak )..masak sehingga mendidih.
5) Masukkan agar-agar atau puding ke dalam acuan...kemudian, corakkan puding tersebut dengan meletakkan bancuhan koko tadi...corakkan mengikut citarasa
Kek Coklat Lembap
Bahan-bahannya :
1) 2 buku mentega
2) 2 cawan tepung naik sendiri ( tepung jenama Blue Key yg biasa aku guna )
3) 2 cawan serbuk koko ( saya wat 1 cawan serbuk koko, 1 cawan milo )
4) 5 biji telur ( saiz gred 'A' )
5) 1 sudu esen vanila
6) 2 cawan susu segar perisa coklat ( saya guna yang jenama Dutch Lady )
7) 2 cawan gula kastor ( saya kisar gula pasir biasa pastu gula yg dah dikisar disukat dengan 2 cawan )
8) Coklat Masakan
Cara-cara membuatnya :
1) Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2) kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji
3) Masukkan esen vanila
4) Sementara itu, ayak tepung naik sendiri bersama sama dengan serbuk koko....ayak lebih kurang 2 @ 3 kali
5) masukkan susu segar ke dalam adunan mentega tadi..masuk sedikit demi sedikit...diselang selikan dengan memasukkan tepung + koko yg telah diayak tadi...masukkan susu dulu..kemudian, setelah diadun serata, masukkan tepung + koko tadi...setelah tepung + koko tadi serata, masukkan susu segar...ulangi sehingga kedua-dua bahan tersebut habis....(pastikan adunan tepung diadun secara satu hala )
6) Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu dengan sedikit majerin
7) Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175 - 180 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit..
8) Setelah siap, sapukan coklat di atas permukaan kek tadi.
9) Cara-cara membuat topping coklat ialah :
i) Masakkan coklat + sedikit susu segar di dalam periuk
ii) Jangan lupa letakkan sedikit majerin
iii) Periuk yg diisi coklat tadi direndam di dalam periuk yg lebih besar yg berisi air yg dididihkan
iv) kacau sehingga coklat cair
10) Simpan dalam peti sejuk....