Friday 17 February 2012

Ayam Masak Phat Phet



Assalamualaikum...sekali lagi entry ni di update untuk berkongsi resepi baru...aku rasa ni resepi pertama kot yang kuar kat internet...sebab aku dah try search..tak jumpa...kalau jumpa pun ayam masak paprik je la...tak same..resepi ni ala2 rendang sikit...tapi tak taruk kerisik, santan dan daun kunyit...resepi ni aku mintak ngan kakak sulung aku...aku suka sangat..susah nk cari resepi ni..sedap tapi tak popular...makanan ni berasal dari Thailand...kalau kat Kelantan tu, ade sorang dua jer makcik2 yang jual lauk ni...

Dah lame tak wat resepi ni...so, semalam aku wat la setelah sekian lama aku tak memasak...( dekat setahun gak)..so, tengah2 nak habiskan cuti semester yang masih berbaki beberapa hari lagi ni, aku try la masak resepi ni...hasilnya, kakak aku request untuk aku wat skali lagi...katanya xpuas makan ( sedap kot masakan air tangan aku ni...heheheehhehe )..ok la, tak nak bebel panjang...nak share resepi lak ni..

Bahan Utama :
1/2 ekor ayam ( potong kecik2 - tapi depends pada tukang masak la..xnak potong kecik2 pon xpe )

Bahan A :

6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai
sedikit serbuk kunyit

( bahan - bahan ni dikisar sekali untuk dijadikan paste..kalau nak pedas, kisar dengan cili..tapi aku tak taruk cili sebab nak bagi anak-anak buah makan..hasil kisar bahan - bahan A diatas jadi seperti dalam gambar dibawah )



Bahan B :

Lobak Merah ( dipotong memanjang )
Kacang buncis / kacang panjang ( Dipotong menyerong )
1 biji cili hijau 


3/ 4 keping asam gelugur
5 - 10 helai daun limau purut  ( Dikoyak -koyak sedikit )
Garam, Gula, dan Ajinomoto
Minyak Masak

Cara Menyediakan :

1. Panaskan Minyak di dalam kuali, kemudian, tumis bahan A bersama - sama dengan cili hijau sehingga pecah minyak


2. Setelah paste tadi pecah minyak, masukkan ayam..gaul rata..

3. Setelah ayam betul-betul masak, masukkan garam, gula dan ajinomoto mengikut citarasa anda. Kemudian, masukkan asam keping dan daun limau purut.

4. Akhir sekali masukkan lobak merah dan kacang buncis...masak hingga layu..

5. Biarkan seketika. Pastikan betul- betul pecah minyak

6. Sedia untuk dihidang. Makan dengan nasi putih yang masih panas

P/S : kalau nak berkuah, taruk air banyak2 ckit :-)



Wednesday 15 February 2012

Roti Sosej Berkeju



Assalamualaikum....kali ni nak share 1 resepi baru...dah lama sebenarnya nak share resepi ni..tapi tak berkesempatan...so, kali ni saya menyempatkan diri atas permintaan kawan saya nak resepi ni....nama resepi ni ialah ROTI SOSEJ BERKEJU...resepi ni sesuai dimakan sebagai sarapan atau sebagai hidangan untuk minum petang

Bahan - Bahan :

3 keping Roti
3 Keping keju cheddar ( jenama Chesdale )
3 batang sosej
Biskut Cracker ( dikisar halus ) / Serbuk Roti
1 Biji Telur ( dipukul )

Cara - Cara Membuatnya :

1. Roti dipotong bahagian tepi dan digelek sehingga nipis ( saya gelek pakai gelas sebab xde penggelek kayu tu...heheheeh )

2. Sosej direbus terlebih dahulu...taruk sedikit garam untuk rasa yang lebih sedap

3. Letakkan keju pada roti yang digelek tadi kemudian letak sosej. Gulung roti tersebut. Pastikan roti tersebut digulung dengan kemas ( untuk elak isi terkeluar semasa menggoreng nanti ). Lekatkan hujung roti tersebut dengan telur.

4. Roti yang telah siap digulung, dicelupkan kedalam telur. Kemudian, serbuk biskut yang telah dikisar tadi ditabur pada roti tersebut ( tabur macam tabur tepung atas ayam nak wat ayam kentaki tu ).

5. panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. setelah siap, kerat dua roti tersebut untuk lihat isi dalamnya..

6. Makan bersama dengan sos cili