Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Ahlan Wahsahlan kpd sesiapa yg baru mengunjungi blog ini..Saya adalah insan biasa yg tidak sempurna..andainya cetusan fikiran saya disini menyebabkan ade yg trasa, maaf dipohon...
Wednesday, 15 February 2012
Roti Sosej Berkeju
Assalamualaikum....kali ni nak share 1 resepi baru...dah lama sebenarnya nak share resepi ni..tapi tak berkesempatan...so, kali ni saya menyempatkan diri atas permintaan kawan saya nak resepi ni....nama resepi ni ialah ROTI SOSEJ BERKEJU...resepi ni sesuai dimakan sebagai sarapan atau sebagai hidangan untuk minum petang
Bahan - Bahan :
3 keping Roti
3 Keping keju cheddar ( jenama Chesdale )
3 batang sosej
Biskut Cracker ( dikisar halus ) / Serbuk Roti
1 Biji Telur ( dipukul )
Cara - Cara Membuatnya :
1. Roti dipotong bahagian tepi dan digelek sehingga nipis ( saya gelek pakai gelas sebab xde penggelek kayu tu...heheheeh )
2. Sosej direbus terlebih dahulu...taruk sedikit garam untuk rasa yang lebih sedap
3. Letakkan keju pada roti yang digelek tadi kemudian letak sosej. Gulung roti tersebut. Pastikan roti tersebut digulung dengan kemas ( untuk elak isi terkeluar semasa menggoreng nanti ). Lekatkan hujung roti tersebut dengan telur.
4. Roti yang telah siap digulung, dicelupkan kedalam telur. Kemudian, serbuk biskut yang telah dikisar tadi ditabur pada roti tersebut ( tabur macam tabur tepung atas ayam nak wat ayam kentaki tu ).
5. panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. setelah siap, kerat dua roti tersebut untuk lihat isi dalamnya..
6. Makan bersama dengan sos cili
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment