Tuesday 31 January 2012

Pasta Carbonara ala Melayu

Kali ni aku nak share satu resepi masakan barat..tapi dimelayukan...namanya Pasta Carbonara ala Melayu.. Resepi ni untuk hidangan seramai 4 - 5 orang... sesuai dimakan sebagai breakfast atau minum petang...tapi aku jadikan sebagai diner..sebab xnak makan nasik...heeeeeee


Pasta Carbonara Ala Melayu
Bahan - Bahannya :

1. Makaroni / Pasta / Spagheti
2. 1 labu bawang putih ( ditumbuk )
3. 1 labu bawang besar holand ( dipotong dadu )
4. 1 tin susu cair
5. 1 @ 1/2 tin cendawan butang ( dihiris nipis- beli yang dah dihiris lagi senang )
6. 1/2 biji Lada Benggala (dipotong dadu) - kalau kecik letak 1 biji
7. Segenggam ayam ( dipotong dadu ) - lbh kurang 100 gram ayam
8. 5 ekor sotong sederhana besar ( dipotong halus )
9. 5 ekor udang sederhana besar ( dibuang kepala dan kulit serta dipotong halus )
10 . 1 sudu besar majerin
11. 1 tin Sos spagheti prego ( keju dan herba ) - seperti gambarajah

Ni la bahan paling penting...kalau nak guna jenama lain boleh jugak ( kalau ade la..tp aku xjumpa lg jenama lain selain jenama ni )


Cara - Cara Menyediakannya :

1. Rebus Pasta dengan air dan dicampurkan sedikit dengan minyak masak ( lebih kurang 1 sudu besar ). tujuannya adalah untuk mengelakkan pasta melekat apabila ditoskan.

2. Tumis bawang putih dengan menggunakan majerin. Setelah nampak sedikit kekuningan pada bawang putih tersebut, masukkan ayam. Masukkan sedikit air.

3. Setelah ayam tersebut masak, masukkan bawang besar yang dipotong dadu tadi. Gaul sekejap sehingga bawang sedikit layu.

4. Kemudian masukkan susu cair dan sos spagheti. Kacau rata

5. Akhir sekali masukkan cendawan butang, udang dan sotong. Masukkan perasa. Rasakan mengikut citarasa

6. Renihkan seketika. Setelah masak, hidang bersama pasta yang telah siap direbus seperti gambarajah di atas..

Selamat mencuba! :-)

Friday 27 January 2012

Gadis, Dara, dan.........

Korang tau ape itu dara kan?? i mean selaput dara...saje je nk citer sikit..selaput dara ni penting kepada semua gadis..kerana selaput dara melambangkan kegadisan...selaput dara ni ibarat seperti pembalut hadiah yang membaluti hadiah...kalau kita nak guna hadiah yang diberi, mesti kita kena koyak pembalut hadiah dulu kan?? pastu barulah kita guna barang atau hadiah tersebut...

Tapi...tak semestinya gadis yang suci tu ade dara...sebab ada gadis yang dilahirkan memang tak ada selaput dara...ada juga selaput dara rosak akibat aktiviti - aktiviti sukan, atau sesetengahnya mungkin kerana pernah terlibat dalam kemalangan...hrmmmm..

Orang cakap ada selaput dara tu, konfom masih suci...betul ker??????? jawapannya TIDAK!!!!!...faham2 je la zaman sekarang ni..macam2 boleh jadi...ada gadis-gadis diluar sana tu dah 'disentuh' tapi masih ada selaput dara... kesucian seorang gadis sebenar bukan terletak pada selaput dara...tapi kesucian sebenar ialah gadis tersebut tidak pernah 'disentuh' oleh mana - mana lelaki pun..ITULAH KESUCIAN YANG SEBENARNYA....

So, jangan jadikan selaput dara sebagai lambang kesucian...sebab tak semua gadis yang suci ada selaput dara...kalau la semua orang fikir bahawa gadis yang suci ialah gadis yang mempunyai selaput dara, kesian la kat gadis - gadis yang tak ada selaput dara ( bukan sebab aktiviti seks )