Assalamualaikum…..sudah lama blog ni tak di update… ok malas
nk bebel panjang2…. Kita ulas sikt sal tajuk di atas…
Well, aku ni merupakan seorang yang memiliki badan yang kurus. Aku takut pada badan gemuk…bukan aku tak suka orang gemuk, tapi aku tak suka kalau badan aku gemuk…jelas kan?? So, kepada yang memiliki bentuk badan yang ‘comel’, jangan la nak benci2 aku…aku TAK SUKA KALAU BADAN AKU GEMUK… bukan orang yang gemuk…aku suka kawan ngan orang yang comel2 ni… murah rezeki…ngan aku sekali dapat tumpang rezeki..heheheh.. TAPI….aku tak faham dengan masyarakat sekeliling aku ni…bila aku cakap aku nak diet, pasti orang akan cakap
“ko nak diet apenye lagi? Ko kan dah kurus…tak elok kurus2
sangat…buruk!”
ok…aku faham dan aku tau sangat kalau badan terlalu kurus
pon tak elok jugak. Ok… nasib baik aku faham…tapi setakat ni aku takde la diet
sampai aku tak cukup zat… nasihat2 macam di atas sesuai untuk org yg berdiet
tahap extreme yang boleh menjejaskan diri sendiri..aku bukan macam tu
ok!... aku tau jaga kesihatan aku… tak
salah orang kurus nak diet kan?? Xkan nak tunggu badan ni naik mendadak baru
boleh diet?? Pepatah ada mengatakan
mencegah itu lebih baik dari mengubat… so, xsalah la kalau orang kurus nak diet
sebab tak nak jadi gemuk
Lagi satu, aku tak faham dengan masyarakat sekeliling aku
ni… bila aku cakap aku nak jogging, mula la kata2 yang xmembangun minda keluar.
Lebih kurang mcm ni :
“ko nak jogging?? Badan kurus kering pon nak jogging?”
Nak Tanya u all la, salah ke kalau orang kurus jogging? Tahu
kah anda, bersenam boleh mengurangkan risiko sakit jantung?? So, kalau aku nk
jogging salah ker?? Aku nak jaga bentuk badan aku dan dalam masa yang sama nak
elak dapat penyakit jantung. Takkan nak tunggu doctor cakap aku kena sakit
jantung baru sibuk nak jogging??
Kalau ikut cakap orang2 sekeliling, memang sampai bila2 la
kita xboleh nak diet n nak jogging menjogging ni … melainkan kita cakap kita
kena wat semua tu sebab atas nasihat doctor… tapi mesti ade jugak suara2
sumbang yg ckp, “ ala..ikut cakap doctor pon, smpai masa mati jugak kite ni”….
Hrrmmmm.. apa2 pun, kalau kita nak wat sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan
manfaat kepada kita, kita teruskan jer…. Ckp kat diri sendiri ADA AKU KESAH?? Pekakkan telinga bila dengar
org2 mcm tu berckp…wat xtau jer…bkn kita wat benda salah pon…lainlah kalau u
alls jaga kesihatan diri sendiri smpai tahap extreme…
Agak2 apa pulak yer
kata2 yang xmembangun minda yang
diterima oleh orang yang ‘comel’ yang teringin nak diet n nak bersenam?